Apa Kes Ni!!! Part 1
Posted by Rahmad Nadzri
Salam semua dan selamat sejahtera..di harap korang semua ok..dah lama aku tak jenguk umah aku yang ni..Almaklum lah sibuk menguruskan ubahsuai Rumah Baru hehehe..nanti korang rajin2 la tengok ye..ok hari aku nak story pasal percutian yang tak dirancang..
Penyebab Utama @ Leng Loii
Ok bila malam mula menjelma aku ngan Yen pown gerak la ke rumah kakak loi sebab nak ambik minah sorang ni..elok je kami nak gerak, kakak loi bukak cerita dah kecoh orang nampak pocong kat area kg Yen adoiyai zazzzzz potong stim betul, bawu je nak berhibur hehehe..apa lagi dengan muka x besalah padahal takut kami pown gerak la..bila dalam kereta je semua jadi peramah tak tentu hala hehehe..yela nak cover takut punya pasal hahahaha...semasa dalam perjalanan aku tengok je kat luar macam orang x penah masuk pekan heheh..bukan apa ase macam x pecaya je aku boleh sampai kat sini, yela cuba korang pikir dari niat nak hantar diorang kat bus stand tup tup aku dah sampai melaka tak ke pelik asanya hehehe..
Tidak dirancang boleh lepak sekali
Bila sampi je kami dekat Melaka kami pown amik la kawan yang sorang ni..ini semua memang tak dirancang kebetulan pulak kawan kami si fazilah ni ada kat umah mak mertua dia di Melaka..sebab yen kol die masa kami baru je sampai Rembau..Fazilah ni pown nak tumpang kami balik perak esok harinya..so kami pown tunggu la die kat tesco tepi jalan..lepas beberapa minit menunggu, fazilah pown datang la dengan suami die lepas setle semua kami pown gerak la menuju ke pusat bandaraya melaka..first2 masuk melaka memang excited giler babis cakap lu..ase macam nak turun dari kereta je nak tangkap gambar..memang cantik dan meriah giler melaka..tapi apa kan daya pusing punya pusing sebab nak cari parking hujan pown mula turun..adusss ase cam nak menagis je, yela x sempat turun kereta dah hujan, dah la kami datang dari jauh kempunan la kami nak tangkap gambar kat view yang cantik2, baru hajat nak kasik panas line kat kak Amy hehehehe..
@ Dataran Pahlawan, Melaka
Punya la susah nak cari parking dengan jem tarak hengat punya..bola puas pusing kami pown jumpa la parking jauh tu belakang Mahkota Parade kami parking..lepas je parking kami pown jalan la kaki pergi Dataran Pahlawan, sempat la snap dua tiga keping hehehe..hujan mula lebat menambahkan resah di dada hehehe..mana tak nya datang jauh2 last-last hujan..kecewa gila..tapi tak pe dapat jugak la jejak kaki dekat Bandaraya Bersejarah ni..hehehe..ble hujan dah start lebat kami pown mula la cari tempat berteduh..jalan punya jalan berhentilah kami di Mc'D, ekeleh setakat lepak Mc'D Manjung Pown ada hehehehe..
Lepas je hujan reda kami pown memulakan langkah menuju menara Taming Sari..masa tengah bejalan hujan pon lebat balik,apa lagi tak cukup tanah la kami lari nak cari tempat berteduh hehehe..tunggu sikit punya lama ujan tak jugak berhenti..memang dah nasib..kami pown amik keputusan untuk pusing-pusing naik kereta je..maka bermula lah perjalanan kami..ikut kan hati memang tak puas, tapi apa boleh buat dah x da rezeki kan nak pusing2..puas jugak lah pusing Bandar Melaka, tapi dalam hati geram sebab x dapat nak snap gambar hahahaha..memang Melaka layak untuk dapat taraf Negeri Maju 2010 bila aku tengok keadaan Melaka sekarang..
Fazilah @ Menara Taming Sari
Lepas puas pusing-pusing kami pown barangkat pulang ke Rembau..tapi sebelum tu kami singgah makan kat Restoran Seri Melaka untuk isi perut yang dah lama mintak diisi hehehe..makan kat restoran ni boleh tahan harga pown berpatutan..selesai makan kami pown berangkat pulang..Insyaallah dalam ujung bulan Disember kami akan datang Melaka balik untuk misi balas dendam hehehehehe..
BERSAMBUNG...
p/s : nantikan sambungan cerita ni..macam2 peristiwa misteri yang berlaku di Rembau hehe..
This entry was posted on October 4, 2009 at 12:14 pm, and is filed under
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment