Isteri kedua kerat zakar suami disyaki curang
Posted by Rahmad Nadzri
JAKARTA: Gara-gara mengesyaki suaminya ada hubungan sulit, seorang daripada empat isterinya bertindak nekad membunuhnya dan mengerat mayatnya kepada 14 bahagian, menurut laporan di sini semalam.
Menunjukkan dia benar-benar marah dengan suaminya, wanita itu turut membuang zakar mangsa ke dalam sungai. Polis masih mencari zakar lelaki itu.
Muryani, isteri kedua mangsa, didakwa kerana membunuh Karyadi, 53, pengawal keselamatan di pasar Kramat Jati, 12 Oktober lalu, mengerat tubuhnya dan membuang anggota badannya.
Muryani, ditahan malam Isnin lalu. Dia mengakui membunuh suaminya dengan menghentak kepala mangsa dengan tong gas seberat tiga kilogram ketika dia tidur.
Polis merampas tong gas yang dipenuhi darah, sebilah pisau dapur dan pakaian mangsa yang berdarah dari rumah Muryani.
Polis menuduh wanita itu membunuh suaminya kerana menipunya.
“Dia juga berkata berasa lega dapat melepaskan kemarahannya. Kami akan jalankan ujian psikologi ke atas suspek di Hospital Polis Nasional,” kata Nicholas. – Agensi
Budak perempuan dibuli jadi mangsa hukuman
Posted by Rahmad Nadzri
SYDNEY 21 Okt. - Seorang budak perempuan berumur enam tahun digantung daripada menggunakan bas sekolahnya selepas dia didakwa bertindak mengasari penumpang lain, seorang budak lelaki yang mengusik tudungnya.
Akhbar Northern Territory News melaporkan, budak perempuan itu menjadi marah apabila budak lelaki itu berulang kali menyuruhnya menanggalkan tudungnya dan dia bertindak balas dengan melondehkan seluar panjang budak lelaki berusia tujuh tahun itu.
Budak perempuan tersebut dilarang menaiki bas sekolah selama 10 hari dan ini bermakna dia tidak akan dapat berulang-alik dari rumah ke sekolahnya sejauh 60 kilometer di kawasan Outback, di utara negara ini.
"Dia baru berusia enam tahun. Ia mungkin agak sedikit kasar.
"Kami lebih suka jika dia diberi amaran, jadi kami boleh berbincang mengenai insiden ini, namun mereka menghalangnya daripada pergi ke sekolah," kata ibu kepada budak perempuan itu, Lorraine Gerassimopoulos.
Bapa budak perempuan itu ialah seorang imigran Iran.
Syarikat bas itu, Buslink yang mempertahankan tindakannya berkata, ia bersesuaian dengan peraturan kelakuan untuk pengangkutan sekolah Northern Territory kerana 'membuli dan mengganggu penumpang lain'.
Budak perempuan itu ketika menjelaskan tindakannya berkata, usikan itu 'membuatkan saya sedih dan pada masa yang sama berasa marah'.
Insiden itu berlaku selepas penggubal undang-undang New South Wales di Sydney menolak larangan ke atas pemakaian burqa. - AFP
Menteri Pertahan Rusia dipecat ekoran isu gereja
Posted by Rahmad Nadzri
MOSCOW 22 Okt. – Menteri Pertahanan Rusia, Anatoly Serdyukov semalam dipecat kerana didapati menghina komander pasukan tentera payung terjun yang menolak untuk merobohkan sebuah gereja di pangkalannya.
Akhbar Kommersan melaporkan, Serdyukov, seorang bekas eksekutif perabot dan orang awam pertama mengetuai kementerian pertahanan, telah mengarahkan Kolonel Andrei Krasov, ketua akademi pasukan payung terjun di wilayah Ryazan untuk memusnahkan sebuah gereja kayu.
Menurutnya Serdyukov, peruntukan belanjawan kementerian pertahanan tidak sepatutnya digunakan untuk membina gereja dan beliau didapati menegur komander itu dengan bahasa yang kasar. – AFP
Macam-macam: Pencuri pulang semula isi kandungan komputer riba
Posted by Rahmad Nadzri
STOCKHOLM: Seorang pencuri yang mencuri komputer bimbit milik seorang profesor universiti menunjukkan belas ihsan apabila memulangkan semua isi kandungan dalam alat komunikasi terbabit menggunakan penyimpan memori USB.
Profesor yang mengajar di Umea Universiti di Sweden benar-benar kecewa apabila hasil kerja beliau selama 10 tahun tersimpan dalam komputer riba beliau dicuri.
P/s: macam2 perangai manusia ni, kalau la orang yang curi laptop aku macam ni kan bagos..hehehe
iPhone 4 lebih mudah retak - SquareTrade
Posted by Rahmad Nadzri
SAN FRANCISCO 14 Okt. - Sebuah firma yang menjual waranti gajet-gajet mendakwa keluaran telefon pintar terbaru Apple hampir dua kali lebih mudah retak berbanding keluarannya sebelum ini.
SquareTrade yang menganalisis insiden-insiden melibatkan lebih 20,000 model iPhone 4 mendapati skrin telefon pintar itu 82 peratus lebih kerap pecah berbanding iPhone 3G.
"Daripada data untuk tempoh empat bulan sahaja jelas menunjukkan iPhone 4 lebih mudah mengalami kerosakan fizikal berbanding keluaran telefon pintar Apple sebelum ini.
"Walaupun masalah ini semakin meningkat, secara keseluruhan, iPhone masih merupakan pencipta alatan terbaik dengan kadar masalah aplikasi lebih rendah berbanding pengeluar barangan elektronik lain," kata SquareTrade.
Menurut firma itu lagi, skrin pecah atau retak merupakan kerosakan yang paling banyak dialami oleh iPhone 4.
Telefon pintar terbaru ini mempunyai kaca di bahagian hadapan dan belakang, menyebabkannya dua kali lebih banyak mengalami 'calar di permukaan'.
Laporan kadar insiden untuk iPhone 4 ialah 68 peratus, lebih tinggi daripada model iPhone 3G.
TradeSquare turut menganggarkan kira-kira 15.5 peratus pemilik iPhone 4 akan mengalami insiden dengan gajet ini sebelum berusia setahun. - AFP