Ceritera SPM 2010
Posted by Rahmad Nadzri
Salam semua..korang sihat tak hari ni..aku doakan korang sihat2 selalu..seperti yang dijangka posting aku yang lepas telah mendapat sambutan hangat yang membuatkan live traffic aku mencurah2 masuk ke blog aku ni hehehe..tapi apa pown aku nak mintak maaf kat sesapa yang terasa dengan coretan yang aku lakukan bukan niat nak kenakan korang tapi sekadar hiburan semata-mata hehehe..tolong la jangan bakar blog picisan aku ni ye hehehe..
Ok la berbalik pada ceritera yang nak aku sampaikan..korang perasan tak yang terjadi di sekeliling korang..kalau dipandang dari pelbagai sudut macam2 benda yang berlaku setiap masa dan ketika sama ada kita sedar ataupun tidak..memang menjadi kebiasaan kita selalu lalai dan leka dalam kehidupan dan tampa kita sedar kita semakin jauh ketinggalan berbanding orang lain yang tak pernah jemu mengejar impian dan cita-cita..aku cakap macam ni bukan sebab aku ni bagus, tidak sama sekali aku pown macam korang jugak selalu jugak lalai..mungkin kita terlampau mewah hidup di bumi Malaysia yang aman makmur ni..aku tulis macam ni sebab aku tersentuh dengan satu peristiwa yang aku baca dalam internet dimana seorang kanak terpaksa belajar di bawah sinaran lampu jalan demi untuk kejayaan nya kelak..tidak kah kita berasa malu dengan anak kecil ini yang begitu bersungguh-sungguh untuk memajukan dirinya sendiri dengan serba kekurangan anak kecil ini sanggup berkorban apa saja demi mencapai cita-cita..berbeza kita lihat remaja-remaja di Malaysia..mereka dibekalkan dengan wang ringgit yang cukup, rumah yang selesa, kemudahan belajar yang banyak dan ibu bapa juga mampu memenuhi kehendak mereka..apa lagi yang diperlukan?? aku cakap ni kerana aku sedih dengan anak bangsa aku yang semakin layu dan mundur, terlalu banyak pekara-pekara negatif yang aku lihat semakin menular dalam kehidupan kita..tidak kah kita berasa malu dengan bangsa asing yang berlumba-lumba mengaut keuntungan, tidak kah kita ingin menjadi kaya seperti mereka, tidakkah kita ingin memajukan bangsa kita sendiri..so kita sebagai generasi akan datang perlu mulakan langkah untuk merealisasikan kejayaan pada masa akan datang..aku pasti korang mesti tak mahu jadi pengemis di negara sendiri kan?? Kepada adik-adik yang diluar sana yang akan mengambil SPM 2010 pada hari ni..buat lah betul-betul..korang banggakan Mak Ayah korang yang selama ni penat membanting tulang demi menjadikan korang insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara..aku doakan korang semua semoga berjaya kelak..apa pown iringi usaha korang dengan doa dan tawakal..renung-renungkan, selamat beramal dan selamat menduduki SPM 2010...I know you all can do it :D
This entry was posted on October 4, 2009 at 12:14 pm, and is filed under
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment