Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Rooney main wayang?


LONDON - Wayne Rooney membuat 'pusingan U', apabila mengumumkan kekal bersama Manchester United dan bersetuju memperbaharui kontrak lima tahun, semalam.
Keputusan itu mengundang persoalan, mungkinkah penyerang England itu sekadar 'main wayang' setelah bersungguh-sungguh menunjukkan keinginan untuk meninggalkan United.

Laman web kelab itu menyatakan: ''Wayne Rooney telah bersetuju untuk mengikat kontrak lima tahun bersama United, sehingga Jun 2015''..

Rooney, yang dilaporkan menuntut gaji sebanyak 150,000 pound (RM734,650) seminggu selepas cukai, menegaskan persetujuan itu dibuat, setelah Alex Ferguson memberi jaminan bahawa United akan terus komited sebagai pasukan yang hebat.''Saya gembira menandatangani kontrak baru ini.
''Sejak beberapa hari lalu, saya telah berbincang dengan pengurus dan pemilik kelab. Mereka telah menyakinkan bahawa saya seharusnya berasa bangga bersama kelab ini.

''Pengurus (Ferguson) seorang yang bijak, kepercayaan serta keyakinan beliau, menjadi faktor utama untuk saya kekal di sini.

''Saya telah menandatangani perjanjian baru yang mana kepercayaan pihak pengurusan, kakitangan kejurulatihan, ahli lembaga dan pemilik, telah menyatakan komitmen untuk memastikan United kekal sebagai sebuah kelab yang memiliki sejarah kejuaraan membanggakan, yang merupakan faktor utama saya menyertai kelab ini.''

Sebelum ini, Ferguson mendedahkan rundingan kontrak dengan Rooney, yang tamat Ogos lalu, gagal menemui penyelesaian dan menyatakan pemain itu akan dijual.
Kenyataan Ferguson bahawa Rooney tidak menghormati United, menggambar hubungan dingin di antara dua mereka. Ini disebabkan kedua-duanya berperang mulut, ekoran keputusan Ferguson merehatkan pemain itu dalam tiga perlawanan, kerana cedera buku lali.

Namun, semalam Ferguson gembira dengan keputusan Rooney: ''Minggu ini amat sukar, tetapi liputan hangat yang diberikan, sememangnya sudah dijangka.
''Saya berkata kepadanya bahawa pintu sentiasa terbuka untuknya, saya gembira Wayne bersetuju untuk kekal.

''Kadang kala, apabila anda berada di kelab ini, sukar untuk anda menyedari betapa pentingnya kelab ini. Sehinggalah berlaku sesuatu, barulah anda lebih memahami.

''Saya rasa Wayne kini memahami apakah kehebatan kelab seperti Manchester United ini.''
Rooney dikaitkan dengan perpindahan Manchester City, yang membangkitkan kemarahan penyokong.
Sekumpulan penyokong berhimpun di depan kediaman pemain itu, sebagai membantah keputusannya, sehingga polis terpaksa menyuraikan perhimpunan tersebut. - AFP

Pulun Kedah Pulun

PENJAGA gol terbaik musim 2007 dan 2008 Liga Malaysia, Mohd Helmi Eliza Elias mahu memastikan gawangnya tidak bocor ketika bertemu Kelantan pada perlawanan separuh akhir kedua di Kota Bharu, malam ini.

Menurutnya, inilah peluang terbaik baginya membalas segala kepercayaan ketua jurulatih, Ahmad Yusoff serta Ahmad Sobri Ismail yang memilihnya menjaga gawang Kedah musim ini.
Inilah peluang saya membuktikan keupayaan sebenar dan mengembalikan keyakinan kejurulatihan Hijau Kuning serta ribuan peminat setia selepas beraksi kurang meyakinkan pada peringkat kumpulan. Kini saya berada pada tahap mental terbaik untuk berdepan sorakan 25,000 peminat setia Red Warriors dan menghampakan mereka di gelanggang sendiri.

Saya yakin semua rakan sepasukan juga berazam untuk membuat lawan berputih mata. Kalau kami mampu menghampakan mereka pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di gelanggang yang sama dulu, kami yakin sejarah itu boleh diulangi, kata Helmi.

Kami mampu ke final – Annuar


KUALA LUMPUR - 'Kelantan boleh ke perlawanan akhir Piala Malaysia'. Itu laungan keyakinan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, selepas pasukannnya mengikat Kedah tanpa jaringan pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia, di Alor Setar kelmarin.

Menurutnya, mengambilkira prestasi Kelantan pada aksi di gelanggang sendiri, Red Warriors mempunyai kelebihan berbanding Kedah untuk ke perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Katanya, Kelantan mempunyai kelebihan selepas berjaya mengikat Kedah tanpa jaringan di Stadium Darul Aman, kelmarin sungguhpun beraksi di hadapan kira-kira 30,000 penyokong tuan rumah.
"Kita akan menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik dan giliran mereka (Kedah) pula bermain dalam situasi tertekan.

"Melihat kepada rekod kita sebelum ini dalam Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu terutama dalam empat perlawanan terakhir, pemain Kelantan bermain cemerlang.
''Saya percaya, Sabtu ini perkara sama akan berlaku dan kita boleh mengatasi Kedah untuk ke perlawanan akhir," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
Menurut Annuar, adalah menjadi harapan rakyat Kelantan dan juga pengurusan KAFA, skuad Red Warriors akan melangkah ke perlawanan akhir dan berpeluang mencipta sejarah membawa pulang Piala Malaysia buat kali pertama.

Mengenai kebimbangan kemungkinan berlaku insiden tidak diingini pada perlawanan esok, beliau berkata, kawalan keselamatan akan diperketatkan dan mana-mana kelemahan akan dibaiki.
Bagaimanapun katanya, mengambil kira situasi di Stadium Darulaman kelmarin, penyokong Kedah tidak perlu bimbang untuk bertandang ke Stadium Sultan Muhammed IV.

Keadaan aman pada perlawanan tersebut katanya, turut disumbang oleh sikap penyokong Kedah sendiri, yang tidak mencetuskan sebarang provokasi sehingga boleh menimbulkan sebarang masalah, sebagaimana yang berlaku antara Kelantan dengan Selangor sebelum ini.
"Jika di Kelantan, tak perlu bimbang. Rekod kita di Kelantan, kita tak pernah ganggu pasukan lain,'' katanya.

Rooney akhirnya bersuara

LONDON - Wayne Rooney menyalahkan kegagalan Manchester United berbelanja besar untuk menguatkan pasukan, mendorong dia mengambil keputusan enggan menandatangani kontrak baru bersama juara 18 kali Liga Perdana England itu.
Rooney mengejutkan United minggu lalu, apabila memberitahu ketua eksekutif, David Gill bahawa dia mahu meninggalkan kelab itu, kerana kurang senang terhadap polisi kelab yang kurang bercita-cita dalam pasaran perpindahan pemain.

Pengurus Alex Ferguson kemudiannya mengumumkan keputusan Rooney Selasa lalu, ketika pemain berusia 24 tahun itu masih diberi pilihan untuk kekal di Old Trafford.
Namun, Rooney dilihat tetap berhasrat untuk meninggalkan kelab tersebut.
"Saya bertemu David Gill minggu lalu dan dia tidak memberikan saya apa-apa jaminan tentang masa depan pasukan ini.

"Kemudiannya, saya memberitahu dia bahawa saya tidak akan menandatangani kontrak baru. Saya berminat untuk mendengar apa yang dikatakan oleh Alex kelmarin, dan terkejut dengan beberapa kenyataan beliau.
"Memang benar, seperti yang dikatakannya, saya dan ejen saya telah beberapa kali berbincang dengan kelab mengenai kontrak baru.

''Pada satu mesyuarat Ogos lalu, saya bertanyakan mengenai jaminan terhadap keupayaan berterusan kelab untuk menarik pemain terbaik dunia,'' kata Rooney dalam kenyataan, kelmarin.
Rooney memenangi tiga trofi Liga Perdana England dan sekali Liga Juara-Juara, sejak menyertai United pada 2004 dari Everton dengan bayaran AS$40 juta.
Namun, United hanya memenangi Piala Liga musim lalu, selepas kehilangan Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez.

United tidak membeli mana-mana pemain berprofil tinggi sebagai pengganti, walaupun memiliki simpanan tunai 163.8 juta pound, pada tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun.
Keupayaan United untuk bersaing membeli pemain terbaik dunia, dihampakan dengan beban hutang lebih 750 juta pound, ekoran pengambilalihan kelab itu oleh keluarga Glazer pada 2005.
Rooney juga membandingkan kelab jiran, Manchester City yang secara dramatik berbelanja besar, jauh mengatasi United sejak dua tahun lalu setelah dibeli oleh usahawan dari Abu Dhabi, Sheikh Mansour. - AP

Hijau Kuning ketepi Terengganu


KEDAH melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selepas membenamkan tentangan Terengganu 3-0 dalam perlawanan timbal balik kedua suku akhir bagi kelayakan agregat 5-2 di Stadium Darulaman, malam tadi.

Kedah, yang kali terakhir merangkul Piala Malaysia pada 2008, akan bertemu naib juara Kelantan untuk penentuan ke final sesudah pasukan Red Warriors itu menundukkan Selangor, 3-0 dalam saingan malam kelmarin.

Biarpun tidak berpeluang menjaringkan sebarang gol pada babak pertama perlawanan tetapi segala-galanya berubah pada babak kedua. Bermain di gelanggang sendiri, menyaksikan Kedah mengasak gawang lawan dengan Baddrol Bakhtiar akhirnya menghadiahkan jaringan pertama pada minit ke-61 selepas menerima hantaran Mohamad Faizal Abu Bakar dari sebelah kanan gol yang gagal ditangkap kemas Mohd Shamirza Yusoff.

Enam minit kemudian, Mohd Sabre Mat Abu menjaringkan gol kedua menerusi tandukan, hasil sepakan Baddrol manakala Mohd Khyril Muhymeen Zamri memberikan gol ketiga pada minit ke-83 buat skuad Kenari.

Kedah bagaimanapun bakal kehilangan dua penjaring utamanya, bagi pertemuan separuh akhir malam tadi apabila Mohd Sabre dan Mohd Khyril tidak dapat bermain pada perlawanan akan datang sesudah dua kali dilayangkan kad kuning.

Kelab Klate.Net minta penyokong jaga imej

KOTA BHARU - Kelab Penyokong Bola Sepak Siber Kelantan (Klate.Net) merayu penyokong-penyokong The Red Warriors yang menyaksikan perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia malam ini, agar tidak menimbulkan masalah sehingga mencetuskan keganasan.
Timbalan Presiden Klate.Net, Nik Mohd. Sallehuddin Nik Abdul Razak berkata, pihaknya menyeru supaya penyokong setia Kelantan yang akan mengunjungi Stadium Sultan Muhammad IV bagi menyaksikan perlawanan tersebut, menjaga tingkah laku masing-masing.
Katanya, penyokong Kelantan juga harus menjaga imej negeri ini dan tidak sewenang-wenangnya bertindak ganas yang boleh mengancam keselamatan penonton lain yang turut hadir.
"Kita amat kesal apa yang berlaku di Shah Alam. Kejadian tersebut tidak seharusnya berlaku, namun, akibat provokasi antara kedua-dua penyokong menyebabkan keadaan menjadi tegang sehingga berlaku insiden sedemikian.
"Para penyokong yang hadir seharusnya menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dengan memberikan sokongan yang sewajarnya kepada pasukan masing-masing dan bukannya melakukan perkara yang tidak sepatutnya sehingga mengganggu fokus pemain," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Tambah Nik Mohd. Sallehuddin, apa yang berlaku di Shah Alam tempoh hari hanyalah melibatkan segelintir penyokong Kelantan yang tidak bertanggungjawab sementara yang lain masih lagi mengutamakan semangat kesukanan.
Sementara itu, Pengarah Urusan Syarikat Yusmira Traiding Sdn. Bhd., Datuk Azlan Muhammad turut menasihatkan para penyokong yang hadir supaya lebih berhemah dan menjaga tingkah laku.
"Saya minta kepada penyokong yang sayangkan bola sepak Kelantan supaya menjaga akhlak semasa menonton perlawanan itu nanti dan kita kena buktikan bahawa penyokong Kelantan adalah bertamadun.
"Penyokong yang hadir ke stadium esok (malam ini) perlu datang dengan lapang dada dan bersedia menerima apa jua keputusan. Ingat sebarang perilaku yang buruk hanya akan 'membunuh' masa depan bola sepak kita," katanya yang merupakan antara penaja utama pasukan bola sepak Kelantan.

p/s : apa nak jadi la..jangan fanatik sangat..

1,000 penyokong Selangor batal ke KB



KUALA LUMPUR - Memikirkan keselamatan diri lebih penting daripada segalanya, Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) rela mengorbankan hasrat mereka bertandang ke Kota Bharu bagi menemani perjuangan skuad Merah Kuning dalam suku akhir kedua Piala Malaysia, malam ini.
Bukan kerana gentar atau gerunkan lautan Wira Merah yang mengelilingi Stadium Sultan Muhammed IV nanti, Presiden SSFC, Nasir Yunus berkata, mereka mahu mengambil kira keprihatinan dengan imej bola sepak negara biarpun hampir 1,000 penyokong Selangor meluap-luap mahu ke sana dengan menaiki 20 bas.
"Kami dengan perasaan sedih, kecewa bercampur terkilan, terpaksa membatalkan hajat ke Kota Bharu. Biarlah kami berkorban demi keselamatan penyokong sendiri kerana bayangkan jika di tempat sendiri pun diserang (Stadium Shah Alam pada suku akhir pertama, Selasa lalu), bagaimana pula jadinya bila kami di tempat lawan.
"Ramai yang tetap mahu ke sana dan kami tidak gentar dengan sesiapa pun tetapi siapa yang dapat beri jaminan keselamatan kepada kami, jadi ada baiknya untuk tidak mengeruhkan suasana dan demi kebaikan bola sepak negara, kunjungan itu kami batalkan," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.
Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada suku akhir pertama yang dicemari dengan insiden perang lempar-melempar botol air, membakar mercun sehingga mencederakan seorang petugas perubatan dan saling menyerang penyokong di dalam dan luar stadium.
Nasir turut kesal dengan sikap kebanyakan penyokong Kelantan yang terlibat dengan insiden Selasa lalu, merupakan pemastautin tetap dan sudah berkeluarga malah mencari rezeki di Lembah Klang tetapi masih tidak mendukung pepatah, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
"Kalaupun mereka tidak mahu menjadikan kami kawan, janganlah pula kami dibuat lawan untuk bertempur kerana ini gelanggang bola sepak dan tiada siapa pun untung dengan insiden ini," katanya yang mengadakan mesyuarat SSFC di Kota Damansara, Petaling Jaya bagi membincangkan hasrat ke Kota Bharu itu, kelmarin.
Nasir turut menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menimbangkan cadangan SSFC supaya mengembalikan Kelantan bermain di gelanggang berkecuali seperti ke Stadium Nasional, Bukit Jalil musim lalu sekiranya insiden kekacauan penyokongnya berterusan termasuk perlawanan menentang pasukan lain.

Jadual Perlawanan Liga Juara-Juara Eropah 2010/2011



Bagi yang berminat, disertakan jadual perlawanan liga juara-juara bagi tahun 2010/2011. Jadual ni diambil kat UEFA website.

Awang import diketahui Isnin

SHAH ALAM - Cadangan yang paling kuat diterima oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada sesi penerangan dan pengelolaan Liga Malaysia 2011-2014 ialah membenarkan pemain import kembali dalam Liga Malaysia bermula 2012.
Bagaimanapun, keputusan muktamad tentang cadangan tersebut hanya akan diketahui pada Isnin ini selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM yang di pengerusikan oleh Presidennya, Sultan Ahmad Shah memperhalusinya.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Hamidin Amin berkata, seandainya cadangan tersebut diterima oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM, setiap pasukan akan dibenarkan untuk mempunyai hanya tiga pemain import sahaja.
Menurut Hamidin, selain itu, terdapat syarat kepada pasukan yang ingin mendapatkan pemain import antaranya ialah setiap pasukan perlu menyelesaikan masalah berkaitan pembayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta beberapa masalah kewangan yang berkaitan.
''Kita cadangkan untuk membenarkan pemain import pada 2012 dan bukannya pada tahun hadapan ialah untuk memberi peluang kepada semua pasukan menyelesaikan masalah kewangan dan pembayaran KWSP agar tidak membebankan mereka nanti.
''Hanya pasukan yang memenuhi syarat tersebut akan dibenarkan untuk memperoleh pemain import dan 2012 adalah tahun yang sesuai kerana kita tidak mahu tergesa-gesa untuk memperoleh pemain import,'' kata Hamidin pada sidang akhbar selepas membuat rumusan cadangan melalui sesi penerangan dan pengelolaan Liga Malaysia 2011-2014 di sini, semalam.
Kali terakhir khidmat pemain import digunakan dalam Liga Piala Malaysia ialah pada tahun 2008 dan pada ketika itu nama seperti Andres Fuentes Gustavo, Walter Ariel Silva dan Mouise Moudourao cukup dikenali kerana banyak membantu pasukan Johor FC dua tahun lepas.
Dalam pada itu, Hamidin berkata, syarat lain untuk mendapatkan khidmat pemain import ialah status negara pemain tersebut bermain harus melebihi rangking Malaysia dalam Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
''Kedudukan negara pemain import tersebut harus melebihi ranking negara yang di buat oleh FIFA bermula pada tarikh 1 Ogos 2011.
''Kita akan lihat perkembangan liga kita ini sekiranya khidmat pemain import dapat digunakan kembali pada tahun 2012.
''Melalui cadangan ini kami harap sambutan untuk liga di negara ini akan bertambah dan tentunya FAM mengharapkan yang terbaik untuk sukan bola sepak di negara ini,'' jelasnya.

Petikan Dari Utusan Malaysia

Hernandez selamatkan maruah United

VALENCIA – Javier Hernandez menjadi wira Manchester United kelmarin setelah jaringannya membantu Red Devils menewaskan Valencia 1-0 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.
Rembatan kencang penyerang Mexico itu ketika perlawanan berlangsung berjaya mengelirukan penjaga gawang Valencia, Cesar Sanchez untuk memperoleh gol pada minit ke-86 pada separuh masa kedua.
‘‘Saya rasa keputusan 1-0 adalah yang terbaik kepada kami kerana bukan mudah untuk berada di sini.
‘‘Kami mempunyai rekod beraksi dengan beberapa pasukan dari Sepanyol dan kebanyakannya tidak memihak kepada kami dan kemenangan tersebut adalah yang terbaik daripada pasukan kami,’’ kata pengurus United, Alex Ferguson.
United kini berada di tangga teratas kumpulan C dengan empat mata selepas terikat 0-0 pada perlawanan pembukaan menentang Rangers manakala Valencia kini berada di tempat ketiga dengan tiga mata
Tanpa penyerang Wayne Rooney yang masih belum pulih daripada kecederaan, Dimitar Berbatov terpaksa mengalas tanggungjawab menjadi penggempur untuk United pada perlawanan kelmarin.
Berbatov yang telah menjaringkan enam gol dalam Liga Perdana England musim ini, bermula dengan baik apabila cuba untuk melakukan jaringan pada minit keempat perlawanan bagaimanapun percubaan pemain itu sedikit tersasar.
Sementara itu, Valencia terpaksa menunggu 16 minit selepas itu untuk melakukan percubaan pertama melalui pemain Pablo Hernandez yang terkena palang gol.
‘‘Hernandez melakukan yang cukup baik untuk pasukan ini dan dia berjaya mengatasi pemain lawan dengan pergerakan yang baik sepanjang perlawanan ini,’’ jelas Ferguson.

Petikan Dari Utusan Malaysia

Related Posts with Thumbnails