Showing posts with label Rahsia Cinta. Show all posts
Showing posts with label Rahsia Cinta. Show all posts

Tips Cinta







1. suka mendiamkan perasaan cinta Anda dengan cara bukan lisan. Anda menyatakan perasaan itu melalui tulisan, sms, teks, chat box, email atau mesej di Facebook?

2. suka meluahkan perasaan cinta Anda terus terang secara berdepan dan mahu melihat sendiri respon pasangan Anda setelah Anda meluah perasaan?
Cinta jangan dipendam lama-lama. Akibatnya banyak.
Mungkin kita akan terlepas orang yang kita dalam diam (sebab dia langsung tak tahu kita mencintai dia). Kesan lain, kita hanya syok sendiri. Bila tiba masa meluah dan dia tidak menerima kita, akhirnya kita jadi sakit hati, geram, frust!.

3. Bagi Anda yang sedang bercinta dan sedang mencari-cari rahsia kebahagiaan bercinta, kekalkan sikap jujur. Dalam era zaman sekarang, pembohongan berlaku di mana-mana bagaikan sudah jadi satu kebiasaan. Cinta perlukan kita jujur, supaya pasangan kita setia pada kita.
Ratusan masalah cinta timbul sebab salah seorang dari pasangan suka berbohong, bahkan dalam situasi lain, kedua-dua pasangan cinta saling bohong-membohongi antara satu sama lain semata-mata untuk ‘cover line’. Sekali berbohong, kita akan suka berbohong berkali-kali di masa lain semata-mata untuk ‘menyelamatkan’ diri kita.

4. Andai kata Anda seorang yang pendiam, tak banyak cakap dan seorang pemalu, belajarlah untuk menunjukkan rasa cinta Anda melalui perkataan di lidah. Katakan apa yang ada di hati. Lontarkan apa yang ada di fikiran Anda.

5. Berlakonlah jadi orang yang cukup konfiden tiap kali meluahkan apa yang Anda rasa. Luahkan dengan tenang, spontan, tanpa banyak fikiran.
Cari ketika yang sesuai, jangan luah sembarangan sebab luahan cinta tu akan jadi seperti lawak jenaka yang tidak ada makna apa-apa.
Kita perlu pandai mengekspresikan perasaan cinta kita dan membuat orang faham yang kita cintakan dia.

Sumber Dari: Imotivasi

Syarat Untuk Bahagia


1. Cintailah Diri Sendiri Sebelum Kamu Mencintai Orang Lain
Kebanyakan dari kamu apabila bercinta sanggup mengetepikan kemahuan, keinginan serta keperluan diri sendiri demi insan yang bergelar kekasih. Inilah kesilapan paling besar. Andai kamu sendiri tidak belajar menyayangi diri sendiri bagaimana orang lain ingin menyayangi diri kamu. Jadi pastikan kamu sayang diri sendiri terlebih dahulu sebelum kamu ingin menyayangi orang lain.

2. Punya Pendirian Yang Tetap
Seorang yang punya pendirian akan tahu apa yang dia inginkan untuk diri dan tidak akan berubah mengikut cara orang lain biarpun orang yang di sayanginya. Inilah yang terbaik kerana apabila kamu tidak berpendirian, itulah yang menjadi punca hidup mudah dikongkong atau ditentukan oleh orang lain. Ini secara tidak langsung membuka ruang untuk orang mempermainkan hati kamu.

3. Bahagikan Hidup kamu Dengan Hal-hal Yang Lain
Paling sering berlaku, apabila kamu telah menyayangi seseorang sepenuh hidup kamu akan di habiskan untuk si dia sahaja. Segala hobi dan aktiviti kamu turut dihentikan demi untuk memberi perhatian pada si dia. Namun jangan lupa hidup ini bila kita hanya bergantung pada seseorang dan satu hal sahaja iaitu cinta, inilah punca utama yang boleh membuat kamu kecewa teramat sangat apabila hubungan yang dibina terputus di tengah jalan. Jadi belajarlah membahagikan hidup kamu dengan cinta, kerjaya, keluarga, hobi dan sebagainya. Percayalah kamu akan rasa hidup akan lebih lengkap dan bahagia bila bijak membahagikan segala-galanya dengan baik dan teratur.

4. Berkorban Biarlah Berpada-Pada
Ada yang sanggup bersusah payah dan menyakiti hati sendiri demi melihat orang yang disayangi bahagia. Tidak salah untuk berkorban namun berpada-padalah. Jangan terlalu meletakkan diri kamu serendah-rendahnya hingga sanggup biarkan diri sendiri merana semata-mata mahu menggembirakan orang lain. Hidup ini dalam hal apa pun perlu seimbang. Sekiranya si dia ingin gembira maka kamu juga ada hak untuk rasa sebegitu rupa.

Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Faham


1. Bila si dia sibuk... ... .. Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego... ... . Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik... ... .. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran... ... .. Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat... ... . Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... ... ... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong... .. Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba... ... . Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang... .. Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul... ... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat

Rahsia Cinta

Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir
tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantukamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu
dengan orang yang tepat tersebut.


Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apasaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orangpertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulaimenghormati diri sendiri, kita patut
bertanya pada diri sendiri "apa yang aku hormati dalam diriku?". Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka,kita patut bertanya pada diri sendiri."apa yang aku
hormati dalam diri mereka?".


Kekuatan untuk memberi
Untuk mencari cinta sejati,kamu mestimencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti
bersama - sama melihat ke satu tujuan.Untuk mencintai seseorang seutuhnya,kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamuingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih
dahulu..

Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan.
Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang
sebenarnya.Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri..


Kekuatan untuk melepaskan
"Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu". Bahkan dalam hubungan
percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar
untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. "Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan
dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku"

Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi
dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : "Aku cinta kamu". Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan...dan sekarang...kenapa kamu menunggu?

Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati.
Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan
hubungan yang kuat.

Kekuatan semangat
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup.
Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik
fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling
tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat
indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat..

Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula.
Bersikaplah seakan-akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri "Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?" jika jawapannya adalah "tidak", maka kamu harus berfikirdengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya...

Related Posts with Thumbnails