Selamat Pagi Sabtu
Posted by Rahmad Nadzri
Assalamuailaikum semua, hope korang sihat2 selalu hendaknya..ok hari ni hari sabtu hari cuti kan beb, so apa plan korang hari ni, Duk umah?? tak kan kot hehehe..laen la mamcam aku ni hari sabtu pown kene kerja tau tak, kadang2 jeles gak dengan orang laen yela ane taknya dapat gak relax2 ngan awek ke, family ke kawan2 ke..tapi apa boleh wat aku dah diberikan amanah untuk aku pikul so dengan ase bebesar hati saya akan menjalankan tugas saya dengan sebaik mungkin..amacam ada cam tokoh politik tak..keh keh keh..
dah habes mengarut aku nak story satu benda ni..peristiwa ni berlaku masa aku on the way nak p office pagi tadi, aku ada lalu sebuah pekampungan ni..bukan apa saja aku lalu jalan kampung nak hirup suasana segar la konon..tapi bila aku lalu je sebuah kampung ni aku terusik seketika bila aku lihat dengan mata kepala aku sendiri betapa susah dan daifnya kampung ni..aku mula berfikir betapa aku beruntung walaupun aku tak la sekaya mana..aku betul2 terusik bila lihat kedaifan penduduk kat situ..memang dah menjadi adat resam di dunia yang miskin bertambah miskin dan yang kaya terus menjadi kaya..tapi cuba korang fikir kenapa perlu ada kemiskinan dalam masyarakat kita tak kesah lah melayu, cina atau india sekalipun..masing2 ada kudis kemiskinan..siapa yang perlu disalahkan individu ataupun pihak kerajaan..dekat sini boleh jdi dua faktor punca kemiskinan..faktor pertama mungkin disebabkan individu itu sendiri yang tak mahu berubah dan hanya bergantung pada orang lain untuk memberi sumbangan tampa perlu berusaha..tapi tak semua orang susah macam tu ada yang bekerja keras demi sesuap nasi..ok kita lihat faktor kedua kerajaan kita dah bekalkan dana yang tinggi untuk membasmi kemiskinan dan membantu orang2 yang kurang berdaya tetapi ada juga yang melakukan penyelewengan tak kira la di peringkat mana sekalipun..pada pihak yang berkenaan bekerjalah dengan jujur bantulah yang susah bukan apa kalau macam ini la gayanya macam mana negara nak maju 2020..aku teringat satu dialog cerita seniman terkenal negara kita allahyarham tan sri P. Ramlee dalam cerita Bujang Lapuk "apabila kita bercakap benar dn jur kita akan terus ditindas tetapi bila kita cakap bohong kita akan dipandang mulia dan dihormati" sekarang aku paham mengapa ini semua terjadi itulah ada dunia..
Ok lah setakat ni jela aku nak meluahkan apa yang aku rasa..aku tak berniat nak mengutuk sesiapa dalam hal macam ni cuba aku meluahkan apa yang dipandang..hope korang boleh berpikir sejenak, jangan korang pikir korang susah tapi sebenarnya ada yang lagi susah dari kita..so renung2 kan dan selamat beramal Assalamuailaikum..
p/s: Arghhhh mlas tol ase..nak tido :D
This entry was posted on October 4, 2009 at 12:14 pm, and is filed under
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment