KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak meminta orang Melayu mensiapsiagakan diri untuk memanfaatkan hak mereka, gigih membina keupayaan dan kemampuan bagi mempertahankan perjuangan parti serta Barisan Nasional (BN) untuk terus menerajui negara.

Dalam ucapan dasar bertemakan Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran di sini semalam, Presiden UMNO menegaskan, orang Melayu khususnya ahli parti perlu bersatu dan mempertahankan Putrajaya yang menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang diterajui bangsa Melayu.

Dalam ucapan sejam itu, beliau turut mengimbau sejarah bagaimana orang Melayu bangkit selepas mengalami pelbagai peristiwa pahit, termasuk 13 Mei dan pengharaman UMNO pada 1988, selain gagasan pemimpin terdahulu melalui dasar afirmatif, iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Wawasan 2020 hingga pada dasar 1Malaysia yang diperkenalkannya.

Perdana Menteri juga berpesan kepada rakyat, khususnya ahli UMNO supaya jangan terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah kegagalan serta pemimpin oportunis yang menangguk di air keruh dan bermain api permusuhan.

“Awaslah terhadap saudagar mimpi yang membuai dogengan, menjadi petualang memintal kepalsuan, menenun kebencian, memperdagang fitnah, mengadun madu dengan tuba, memperleceh pengorbanan dan tanpa segan silu mengajak kita menikmati buah khuldi yang bertentayangan di pohon rendah, sehingga kita sanggup menggadai segala-galanya.

“Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji BN. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan,” katanya mengakhiri ucapan sambil menerima tepukan gemuruh 2,543 perwakilan yang memenuhi Dewan Merdeka PWTC.
Najib berkata, sebagai Presiden beliau dan parti tetap menunaikan amanah memartabatkan bangsa, agama dan negara, tetapi bukan semata-mata melalui kata puitis yang muluk-muluk, bahkan dengan inisiatif, program dan dasar yang konkrit.

Katanya, UMNO tidak sekali-kali akan membiarkan Melayu menjadi bangsa melukut di tepi gantang, bangsa yang menjadi dagang di negeri sendiri dan komited melakukan bukan saja apa yang terbaik, malah apa yang betul demi rumpun Melayu.

Najib juga mengajak orang Melayu merenung teliti sama ada kemakmuran Malaysia akan terus terpelihara jika parti pembangkang yang kini kelam kabut, babrak dan goyah memegang tampuk kuasa pada suatu hari nanti.

“Bolehkah rakyat Malaysia meletakkan kepercayaan terhadap mereka yang saban masa hanya mengidam menduduki pusat pemerintahan? Sanggupkah kita menyerahkan Malaysia tercinta ini kepada pengkhianat bangsa dan tanah air?,” tanyanya.

Beliau mengingatkan ahli UMNO bahawa masa depan parti terletak pada tangan mereka untuk menggalas tanggungjawab membela masa depan orang Melayu.

“Ayuh... jangankan gerimis, hujan pun mari kita redahi. Jangankan ribut, taufan pun mesti kita harungi. Jangankan air bah, gelombang badai pun harus berani kita renangi. Jangankan gerhana, kelam gelita pun pasti kita terangi,” katanya.