Melajukan Proses Copy, Paste Dan Cut Win 7 dan Vista
Posted by Rahmad Nadzri
Windows Vista.. terkenal dengan masalah ketika perlaksanaan copy, cut dan paste yang terlalu lambat (terutamanya bagi fail yang bersaiz besar atau banyak kuantitinya).. Semestinya penambahan UI (User Interface) grafik yg agak menarik semasa preview bagi progress copy, cut dan paste, estimation time, tidak sesekali akan menyebabkan process yang asas ini terganggu dan jadi lebih perlahan?.. Dalam isu ini, terdapat satu solusi yang memberi anda pilihan lain yang sangat membantu.
Teracopy dalam windows Vista:
Teracopy dalam Windows XP:
Tercopy dalam Windows 7:
Teracopy adalah satu program yang akan menggantikan perlaksanaan antara muka (UI) dan juga proses dibelakang tabir bagi aktiviti copy, paste, dan cut dari Windows secara total. Semua perkara yang melibatkan copy, paste, dan cut dari windows explorer ke mana2 drive, partition, dan device sekali pun akan dilakukan oleh teracopy.
Melajukan atau mempercepatkan proses copy, cut dan paste bagi Windows Vista (dan juga boleh diguna dalam Windows XP atau yang terkini Win 7) adalah dengan menggunakan software 3rd party ini. Installation (pemasangan) dan proses mendownload bagi program ini amatlah mudah dan tidak memerlukan anda menjadi pakar komputer untuk melakukannya. Program ini boleh digunakan secara percuma. Jadi apa kata anda cuba sendiri program ini.., download, install, dan reboot Windows serta lihatlah sendiri perbezaannya.
Pautan download: http://www.codesector.com/teracopy.php
Post a Comment