Bajet Oh Bajet
Posted by Rahmad Nadzri
KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka memberi keutamaan kepada pembangunan tenaga mahir dalam Bajet 2011 yang bakal dibentang Jumaat ini selaras dengan usahanya untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Penganalisis ekonomi, Datuk Mohd Salleh Abdul Majid, berkata kerajaan perlu memberi keutamaan membangunkan tenaga mahir dalam negara kerana kumpulan itu meliputi sebanyak 25 peratus daripada tenaga kerja negara yang mana ia boleh membantu memacu pertumbuhan negara.
"Kita lihat negara-negara maju sangat menitikberatkan pembangunan tenaga mahir dan membelanjakan 60 peratus daripada belanjawan untuk membangunkannya, manakala kita hanya menggunakan 10 peratus sahaja," katanya ketika ditemui pada Majlis Hari Raya anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) di sini, hari ini.
Mohd Salleh, yang juga bekas Pengerusi Bursa Saham Kuala Lumpur, turut berkata belanjawan kali ini amat penting memandangkan tahun depan adalah tahun pertama pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).
"Tahun depan bakal melihat usaha kerajaan dalam mengimbangi perbelanjaan dan dalam masa yang sama mengekalkan defisit pada paras yang memuaskan," katanya.
Walaupun pada dasarnya, kerajaan cuma menyumbang lapan peratus bagi jumlah peruntukan dalam 131 projek EPP (Projek Permulaan), namun menerusi sumbangan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerajaan secara tidak langsung menyumbang sebanyak 30 peratus.
"Perancangan perlu melihat strategi yang sesuai dalam melaksanakan NKEA supaya objektif untuk mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dapat dicapai," katanya.
Menyentuh tentang pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Mohd Salleh berkata sekarang merupakan masa yang tidak sesuai untuk memperkenalkan (GST).
"Pemahaman perlu diberikan secara menyeluruh pada rakyat mengenai GST sebelum melaksanakannya. Walaupun dilaksanakan, GST tidak akan mendatangkan pendapatan yang banyak pada kerajaan," katanya.
Pelaksanaan GST mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan korporat selain meningkatkan hasil cukai serta mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.
GST bertujuan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan sejak 1972, kini diterima pakai di 143 buah negara seluruh dunia.
Ia juga berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport. --BERNAMA
Sumber Dari: Berita Harian
Jangan Harga rokok naik lagi sudahla..tobat terus nak isap rokok..hehe
This entry was posted on October 4, 2009 at 12:14 pm, and is filed under
Dalam Negeri
. Follow any responses to this post through RSS. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment